Prosedur Sekiranya Berlaku Kebakaran Atau Kecemasan Management & Science University (MSU)



PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB KETUA INSIDEN DAN PEGAWAI INSIDEN
  1. Ketua Insiden dan Pegawai Insiiden bertanggungjawab atas keselamatan semua penghuni semasa pengungsian bangunan dan untuk memastikan keselamatan
  2. bangunan sebelum penghuni masuk semula selepas insiden selesai.
  3. Memimpin, mengetuai dan bekerjasama dengan semua yang terlibat semasa berlaku kecemasan dan pengungsian bangunan.
  4. Menghubungi Unit Keselamatan MSU dan BOMBA jika diperlukan.
  5. Memastikan bantuan kecemasan awal (First Aid) diberikan kepada mangsa jika perlu.
  6. Perlu memastikan tugas dan tanggungjawab beliau diganti oleh pegawai lain sekiranya beliau tidak dapat hadir semasa kecemasan berkenaan.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA TINGKAT / KAWASAN/SEKSYEN/KUMPULAN.
  1. Pastikan senarai terkini penghuni tingkat dan pelawat serta membawa senarai nama kakitangan, pelajar atau pelawat yang berada di tingkat berkenaan semasa pengungsian dan membuat kiraan kepala semasa di tempat berkumpul.
  2. Beliau juga perlu memastikan tugas dan tanggungjawab beliau diganti oleh ketua tingkat yang lain sekiranya beliau tidak dapat hadir semasa kecemasan berkenaan.
  3. Memastikan semua penghuni dan pelawat telah dipindahkan daripada tingkat masing-masing, termasuk orang-orang di dalam tandas, berehat / mesyuarat dan lain-lain, semasa pengungsian.
  4. Periksa di seluruh tingkat masing-masing sekiranya terdapat penghuni orang kurang upaya dan lain-lain, dan memaklumkan kepada Pegawai Insiden untuk tindakan pengungsian yang sesuai
  5. Memastikan mangsa menggunakan laluan kecemasan yang betul dan membimbing mereka meninggalkan tingkat / bangunan hingga ke tempat berkumpul
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGHUNI BANGUNAN

Sebagai penghuni bangunan, apa yang anda perlu lakukan semasa arahan Pengungsian dikeluarkan
  1. Maklumkan kepada rakan-rakan yang masih bekerja, pelajar dan pelawat (jika ada)
  2. Segera meninggalkan / keluar dari bangunan dengan menggunakan laluan kecemasan yang terdekat.
  3. Berkumpul dan laporkan diri anda kepada Ketua Tingkat yang apabila anda di panggil untuk kiraan kepala di Tempat Berkumpul. Jangan pergi ke tempat lain selain Tempat Berkumpul.
  4. Semasa proses Pengungsian bangunan, JANGAN:
      - Panik
      - Gunakan lift
      - Kembali ke pejabat / ruang untuk mengambil barang-barang
      - Menolak atau mendorong mangsa lain
      - Bermain-main, bergurau atau tidak serious semasa pengungsian
  5. Sekiranya ada penghuni yang sakit, cedera atau orang kurang upaya, bantulah mereka untuk keluar dari bangunan tersebut.
  6. Sebelum masuk semula ke tempat kerja, pastikan anda menerima arahan daripada Ketua Insiden yang bangunan telah selamat untuk dimasuki semula.
SEKIRA ANDA BERHADAPAN DENGAN SITUASI KEBAKARAN?

Anda tidak perlu panik. Apa yang anda perlu lakukan dengan tenang tetapi pantas adalah seperti berikut:
  1. Pecahkan panel "Break Glass" yang paling hampir dengan anda dan aktifkan suis penggera sehingga sistem penggera kebakaran berbunyi; dan berteriak "API, API, API"
  2. Hubungi nombor kecemasan seperti berikut :
      Unit Keselamatan MSU : NO ext : 8531
  3. Sekira anda menghadapi api yang kecil, cuba padamkan api dengan menggunakan peralatan pemadam api yang ada yang paling dekat dengan tempat kejadian. Cuba untuk mengawal keadaan.
  4. Jika anda menghadapi sitausi berjumpa mangsa kebakaran yang meminta tolong, akses dulu sama ada anda boleh menyelamatkan mangsa tanpa membahayakan diri sendiri. Jika tidak, minta bantuan.
  5. Tinggalkan / pengungsian bangunan dan lapor diri di kawasan berkumpul.