
|
MSU adalah merupakan manifestasi budaya kecemerlangan yang selaras dengan institusi collegiatenya, iaitu Kumpulan Kolej PTPL. MSU mengutamakan sistem pembelajaran berkualiti serta penjanaan graduan berkualiti ke arah memperkayakan modal insan tempatan mahupun global. Sebagai universiti pilihan, fokus MSU ialah kepada bidang perubatan, sains kesihatan, kejururawatan, farmasi, perniagaan, pengurusan, perakaunan, hospitaliti, perundangan, sains maklumat dan kejuruteraan. Bidang-bidang pengajian di atas telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh badan-badan akreditasi tempatan mahupun antarabangsa. Kursus-kursus yang ditawarkan merupakan yang terbaik di rantau ini. MSU menyediakan sistem pembelajaran yang memastikan graduannya memenuhi tuntutan pasaran kerjaya dan pada masa yang sama ia memperkasakan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi. ![]() |